Beristighfar...

Posted by дрнзxx мøвilз вløб on 08:08 AM, 08-Jun-12  •  Comments (19)

salam.jpeg

Salam hari jumaat penghulu segala hari kepada semua.Apa khabar anda hari ini?Untuk tidak melepaskan keberkatan hari jumaat,saya nak kongsikan kepada anda pesanan junjungan kita.Moga ia menjadi penunjuk jalan hidup kita di dunia ini.

Dari Abu Sa'id al-Khudrie r.a., dari Nabi Muhammad S.A.W., baginda bersabda: " Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku memohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain IA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat kepadaNYA) makan di ampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walaupun sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." [Riwayat Imam at-Tirmizi] Pengajaran Hadis:

1. Nabi s.a.w sangat kasihkan umat. Kerana itu baginda tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan yang berguna kepada mereka demi kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.

2. Nabi s.a.w menjelaskan dalam hadis ini bagaimana sifat tidur orang yang beriman. Penuh dengan adab dan akhlak yang mulia, baik ketika sebelum tidur, semasa dan selepas bangun darinya. Tidak seperti tidur yang bagi orang yang ingkar dan lalai kepada ALLAH yang mana tidur mereka seperti binatang ternakan.

3. Sebagai hamba yang banyak dosa dan kesalahan kepada ALLAH dan sesama manusia, islam menganjurkan umatnya supaya banyak beristigfar dan bertaubat pada setiap masa dn ketika. Antaranya hendaklah kita beristigfar dan bertaubat sebelum kita memulakan tidur.

4. Tidur itu adalah saudara kematian. Boleh jadi tidur itu tidur yang terakhir. Mudah- mudahan amalan istigfar taubat yang berterusan itu (termasuk sebelm tidur) menjadi asbab (penyebab) ALLAH belas kasihan dan sudi mengampunkan segala dosa kita. :

5. Rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T. itu amat luas sekali. Tidak bertepi, Sebanyak mana pun dosa kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan keampunanNYA. Orang berputus asa itu adalah sifat orang kafir kepda ALLAH S.W.T. Mohonlah keampunan kepada ALLAH Yang Maha Pengampun. Dambalah kemaafan ALLAH Yang Maha Menerima taubat hamba- hambaNYA

6. Selagi nyawa belum sampai ke ghalgharah kita, sebelum mentari menjelma dari arah barat, maka pintu taubat masih terbuka luas di depan kita. Maka,jangan sia-siakan peluang keemasan ini. Usah ditangguhkan-tangguhkan taubat dan istigfar itu sehingga ia nya tidak brmakna lagi Al-Rahman ni Rahim itu la sifat Allah, yang Maha pemurah lagi Maha penyayang terhadap hamba dia semoga dosa kita di ampun kan oleh Nya

Berpesan-pesanlah kita walau dengan satu ayat.Semoga bermanfaat!!!

Terima kasih berkunjung di blog ini.Motivasikan diri saya dengan komen positif.Kongsikan dengan kawan2 lain dengan menekan butang SHARE di bawah tu.Maaf jika ada salah dan kekurangannya ye.Senyum selalu smile

Mengalihkan Gambar Profile Facebook Apabila Di Klik Via Operamini

Posted by дрнзxx мøвilз вløб on 09:38 AM, 07-Jun-12  •  Comments (15)

ThumbnailSalam ceria kepada anda semua.Saya sentiasa mendoakan anda sihat2 je hendaknya.Seperti tajuk di atas,saya ingin kongsikan kepada anda tipsnya.Untuk lebih jelas maksud tajuk kita kali ini,anda cuba klik gambar profile saya aphexx nizam. Ok,kita teruskan kepada cara2nya.Sila ikuti langkahnya dengan betul ye 1. Macam biasa,LOG IN akaun anda dahulu. 2. Kemudian masuk ke Profile dan klik Profile Picture seperti dalam gambar... [Read More]

Cara Kirim Fail Di Facebook Messages Via Operamini

Posted by дрнзxx мøвilз вløб on 02:13 AM, 04-Jun-12  •  Comments (20)

ThumbnailSalam ceria kepada anda semua.Saya sentiasa mendoakan anda semua sihat2 je hendaknya.Seperti tajuk di atas,saya ingin kongsikan kepada anda tipsnya kali ini.Saya harap ianya berguna untuk anda.Sila ikuti langkahnya dengan betul ye 1. Macam biasa,LOG IN akaun anda dan OFF MOBILE VIEW dahulu.Penting hehehe.... 2. Pergi ke messages kemudian tekan keypad # 1 dan EDIT url huruf m menjadi seperti ini:... [Read More]

Latest Opmin7029915hui204

Posted by дрнзxx мøвilз вløб on 04:07 PM, 01-Jun-12  •  Comments (19)

ThumbnailSalam ceria kepada sahabat2 saya.Apa khabar anda semua?Saya sentiasa mendoakan kesihatan anda.Sudah agak lama juga saya tidak buat posting baru untuk blog ini.Rindu pun ada juga.Maaf ye sebab kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan urusan dunia nyata.Kepada rakan2 blogger,nanti saya akan singgah ke rumah anda ok Hari ini saya hendak kongsikan sikit Operamini 7 handler terbaru yang di beri nama... [Read More]